CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 1, 2009

karangan umum

Kawan ialah orang kedua yang paling rapat dengan kita selain ibu bapa. Kawan juga amat penting dalam mempengaruhi hidup seseorang itu. Oleh itu, kita perlulah berhati-hati dalam memilih kawan yang baik untuk kebaikan kita. Persoalannya, apakah ciri-ciri kawan yang patut kita pilih untuk menjadi sahabat kita sebagai seorang pelajar?

Salah satu ciri-ciri kawan yang patut menjadi pilihan kita ialah kawan yang mendorong kearah kebaikan. Hal ini kerana,mereka dapat membentuk jati diri seseorang itu menjadi insan yang bepekerti mulia. Buktinya, ramai pelajar yang menjadi lebih cemerlang dengan cara memilih rakan yang baik bagi mengelakkan mereka daripada terpesong .Oleh itu, untuk menambahkan lagi kecemerlangan pelajar, saya berharap agar para pelajar perlulah memilih kawan yang baik supaya lebih cemerlang.Jika hal ini dapat dilaksanakan maka,ramailah pelajar akan lebih cemerlang daripada segi akhlak dan peribadi mereka.

Selain itu, kawan yang selalu memberi nasihat dan teguran. Hal ini kerana, kawan tersebut akan dapat membantu kita untuk menjauhi perkara yang mungkar. Buktinya, banyak pelajar yang selalu menconteng dinding tandas dan ponteng kelas menjadi rajin kerana memilih kawan yang selalu memberi mereka tunjuk ajar dan bimbingan. Oleh itu, untuk menggalakkan lagi pelajar berubah sikap, saya berharap agar pelajar tersebut memilih kawan yang selalu memberi nasihat bagi membantu mereka supaya lebih berjaya. Jika hal ini dapat dilaksanakan maka, banyaklah sekolah yang mempunyai pelajar yang cemerlang.

Seterusnya, ciri kawan yang perlu kita pilih ialah seorang kawan yang dapat membantu kita dalam pelajaran. Hal demikian,kawan yang kita pilih itu dapat membantu kita meningkatkan lagi prestasi kita dalam pelajaran.Buktinya, ramai pelajar yang ketinggalan boleh berjaya kerana bantuan kawan yang rajin.Oleh itu,untuk kita meningkatkan lagi prestasi kita dalam kelas saya berharap agar pelajar membuat keputusan dahulu sebelum memilih kawan seperti peribahasa "tepuk dada tanya selera".Jika hal ini dapat dilaksanakan maka,pelajar akan berjaya pada masa hadapan.
Di samping itu, kawan yang tidak mengajak kita ke arah perbuatan yang

Sunday, September 27, 2009

karangan bahan ransangan